About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Saturday, June 18, 2011

one story in my live

Tak tahu aku nak mulakan macam mana. dan ini lah pertama kali terjadi, malu pun ada, takut pun ada, sedih pun ada. macam2 perasaan lah yang ada kat dalam kepala ni. susah nak di gambarkan. pada hari isnin (13/6/2011) selepas mkn malam, dengan tiada rasa sakit cuma rasa nak pi buang air besar jer.. satu bowl toilet keluar darah.. nasib baik hubby ada kat rumah. terus bawa aku kat LND (labor room) bukan nak bersalin, kandungan aku pun baru jer 3 bulan. just nak scan sama ada kandungan aku selamat atau tidak. tengok2.. memang tak de rezeki kami.. bby aku dah tak de.. miss carraige (betul x ejaan ni) pas tu Dr bagitau hari jumaat aku datang semula untuk scan balik.. sama ada masih tertinggal lagi atau dah keluar habis.. kalau masih ada hari sabtu nanti kene buat ERPOC under elective.
Khamis(16/6/2011)
Selepas kejadian malam tu.. ok lah.. aku pun tak rasa sakit dan tiada sebarang darah keluar. sedih tu tetap ada lah.. hari khamis (16/6/2011) cam biasa lah.. aku pi kelas kat Damansara untuk presentation group LAN. kami kump yang pertama. OK lah berjalan dengan baik. Masa diaorang sedang buat presentation tiba2 aku rasa semacam. (10am). tngok2 bleeding habis lah.. seluar dan kerusi habis di basahi darah aku.. terus aku pi ke toilet.. menitis2 darah aku kat koridor.. takut plak tgok darah sendiri. seluar habis kene.. darah keluar bagaikan air paip yang lupa nak tutup.. tak berhenti.. keluar sekali dengan ketulan2 darah beku. Nasib baik lah aku ada banyak kawan2 yang amat prihatin.. nasib baik kat bawah tu banyak org jual2 pakaian.. boleh lah tukar seluar.. member tolong belikan (Kak la & kak tie). kejadian ini memberi kekecohan satu kolej.. Malu plak rasa nya..
Subihi terus ambil kereta nak hantar aku kat Hosp.. baru jer keluar ke jln besar.. Fizi call suruh turun.. ambulan tunggu aku kat bawah.. nak hantar aku Kat HKL.. sori lah.. dah terlambat.. aku suruh jer Sub hantar aku kat Hop Putrajaya. memandangkan aku ada follow up kat sana. sampai kat sana register dulu kat kacemasan.. pastu dia suruh aku pegi sendiri kat LND.. jalan dengan tiada offer wheelchair pun.. tak pe lah.. sampai kat sana tunggu Dr untuk buat scan.. darah aku pun cam dah nak stop lah.. tak lah keluar lg. Dr checked buat VE and scan.. no active bleeding.. ok lah.. book under day care esok. ambil darah FBC and GXM untuk esok. sign consent dan aku pun nak balik lah.. sampai jer kat pintu kereta.. sekali lagi air paip terpasang.. darah kluar balik.. kali kedua seluar aku basah mandi kan darah. aku masuk semula tempat jumpa Dr tadi.. Dari tadi call hubby tak dapat. nak bagitau keadaan aku sekarang.. risau kan diri sendiri dan risau jugak gak hubby aku.. call no answer. Selepas buat pemeriksaan kali kedua.. Mo tu suruh observe aku kat LND dulu.. kalau tak bleeding lagi aku boleh balik. bleeding aku pun dah stop.. MO tuy macam nak suruh aku balik.. memandangkan kat HPJ ward O&G penuh. tapi suruh aku sign AOR discharge. nasib baik kak Che ada ngan aku skali.. Kak che bagitau aku.. bahaya.. tak payah balik. aku pun bagitau MO tu, aku nak bincang dulu ngan hubby aku. memandangkan hubby aku tak dapat dihubungi.
Rehat lah aku kat dalam LND tu.. masa specialist datang buat round dia nak buat scan skali lagi akt aku.. tiba2 buat kali ketiga pada hari ini.. aku bleeding lagi.. non stop.. pad pakai.. kain hospital bagaikan boleh di perah.. habis lantai menitik2 darah aku.. pakar buat scan pun still non stop.. terus book OT under emergency, ( 5pm) D&C under spinal. Hubby aku pun tak tahu. Nasib baik lah byk kawan2 yang menolong.. dan menunggu aku sampai ke petang..
7pm..
Hubby aku balik rumah.. bibik aku bagitau.. aku kat Hosp. terkejut lah dia.. terus pi jumpa aku kat 2B.. alhamdulillah.. aku pun dah selamat.. Hubby aku bagitau.. rupa2 nya.. hubby aku kene rompak kat parking HKL.. patuk lah call dia tak dapat. nasib baik dia pun selamat. Alhamdulillah.. semua nya selamat.. Baby tu.. dah tak ada rezeki.. aku pun dah boleh terima semua ini.. insyaallah mungkin rezeki kami lain kali..