About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Thursday, February 16, 2012

Makanan tradisional..

cerita pasal makan ni... adusss... macam-macam lah. susah nak cakap, banyakkkk sangat. kat sini aku jumpa nak cuba bermacam-macam makanan pelik tapi "nyaman" dalam bahasa sarawak, sedap sangat.
masa aku kat sarawak, aku banyak cuba banyak makan pelik yang lazat, antaranhya makan tradisional laksa sarawak (ini semestinya makanan asasi negeri ini), mee kolok, masak pasoh.. mmmm nyaman nyer.
aku kat sabah pula, banyak juga yang nyaman.. terutamanya ambuyat.. sedap sangat ( Sagu lembik cicah dalam kuah.. yang ala-ala cam kuah singgang yang pekat.. taruk cili padi. aduss nyaman). satu lagi aku cuba buah Bambangan..isinya rasa lebih kurang cam buah Kuining.. tapi bentuk buah nya lain sangat.. ala-ala cam sebiji buah sukun..
beruntung kita di malaysia.. berbilang atnik. Boleh rasa pelbagai jenis makan tradisional.