About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Saturday, October 13, 2012

September dan october 2012..

Cbut nyer aku..  cbuk ka.. Travel sana sini.. Adus.. Kakak pun terpaksa tinggal sekolah..
5-9sept.. Endoscopy workshop kat selayan.. Tinggal kan anak2 dan hubby kat kuching..

27-28 sept.. Fly again.. To KL
Follow hubby plak..
Bawa anak2.. Itu yg best.. Dulu masa dok kl.. Tak de nyer Nak berderat di dan ronda2 kl.. Naik menara KL.. Hahaha.. Tinggal di KL dulu 4 thn.. Tak pernah pulak terfikir nak naik KL Tower. Tinggal jauh sesekali turun kl.. Best plak rasa nyer..

4-7 oct.. Fly again.. Kali ni teruja sikit.. Sebab pergi tempat yg tak pernah aku sampai.. 'BINTULU' ok lah. Lagi ok dr org kuching yg tak pernah sampai.. Yg glamour kat Bintulu.. Belacan dan cencaluk.. Sedah ku beli.. Nyaman.. (ertinyer sedap) dlm bahasa sarawak..

23-27 fly soon to Johor Bharu.. Tunggu..


Thursday, February 16, 2012

Makanan tradisional..

cerita pasal makan ni... adusss... macam-macam lah. susah nak cakap, banyakkkk sangat. kat sini aku jumpa nak cuba bermacam-macam makanan pelik tapi "nyaman" dalam bahasa sarawak, sedap sangat.
masa aku kat sarawak, aku banyak cuba banyak makan pelik yang lazat, antaranhya makan tradisional laksa sarawak (ini semestinya makanan asasi negeri ini), mee kolok, masak pasoh.. mmmm nyaman nyer.
aku kat sabah pula, banyak juga yang nyaman.. terutamanya ambuyat.. sedap sangat ( Sagu lembik cicah dalam kuah.. yang ala-ala cam kuah singgang yang pekat.. taruk cili padi. aduss nyaman). satu lagi aku cuba buah Bambangan..isinya rasa lebih kurang cam buah Kuining.. tapi bentuk buah nya lain sangat.. ala-ala cam sebiji buah sukun..
beruntung kita di malaysia.. berbilang atnik. Boleh rasa pelbagai jenis makan tradisional.

Sunday, January 22, 2012

Sabah..


Now aku di sabah.. bukan pindah tempat kerja.. tapi bergi belajar di sabah.. seronok pun ada, sedih pun ada. seronok sebab, aku punyer permohonan di terima.. sedih sebad aku terpaksa berjauhan dari mereka yang tercinta (anak-anak dan suami)..
Kehidupan disabah pun bermula.. hehehe.. cam baca buku cerita jer.. story kanak-kanak.. mmmm.. Aku stay kat Kepayan.. just rumah flat.. 3 tingkat.. tiada lif.. sewa kereta kembara.. owner rumah sewa yang punyer.. Rm 1000/ month. ok lah, ini pun dikira murah. berbanding rakan aku yang lain. kami tinggal 3 orang, sorang kakak dari kelantan Cik Da nama glamor nyer.. orang nyer agak kelakar, garang pun ada, lebih kurang seperti mak kita... yang penting dia amat lah jaga sembahyang.. sekurang-kurangnyer terjaga lah solat aku. alhamdulillah.. sorang lagi Augustina dari Johor.. sebaya dengan aku. orang nyer cute jer.. kalau tengok rupa dan nama pasti orang ingatkan dia orang borneo.. macam orang sabah sarawak.. dah berkahwin tapi belum ada rezeki.. maybe rezeki nyer lambat ckit..
Masuk balajar ni.. lain lah sikit dari aku berlajar degree hari tu.. ini baru betul-betul macam masuk sekolah.. hehehe.. Ada sesi suai kenal.. ada sukan, kerja berkumpulan, ada perhimpunan pagi.. banyak lah lagi xtvt kolej anjurkan.. Dalam kelas aku ada 27 orang student.. asal dari bermacam-macam negeri.. boleh berkenalan dan mengenali bermacam-macam juga culture.. ok..

kuching.. sarawak

mmm... lama nyer aku tak mencoretkan cerita.. semenjak pindah di Kuching.. cam biasa lah, kehidupan seharian bersama anak2 dan suami tercinta. Kerja bersama rakan-rakan tersayang.. hari-hari yang dilalui sama seperti biasa.. ada masa kami sekeluarga pergi bercuti.. mana-mana tempat yang terdekat dengan kuching.. itu saja yang termampu..

Ditempat kerja.. bulan ke 4 aku dah started oncall.. so, kalau hari oncall terpaksa lah balik lambat. terabai sekejap tanggungjawap sebagai ibu dan isteri.. ye lah, balik lambat, tak sempat nak masak dan makan malam bersama.. kadang-kadang balik kerja, anak dah tidur.. ;-( .. yang best pasal oncall, bila time dapat duit oncall.. sape yang tak best nyer.. dapat duit.. hehehe..
Tapi seronok nyer hari-hari lalui bersama mereka yang tercinta..

Adam dah start sekolah.. aku hantar jer dekat Smart Reader kat jalan Rubber Road.. ok lah.. bagi dia berkawan, kalau tak.. bibik dan kakak jelah kawan dia. Now Adam have lot of friends at school.. balik sekolah jer pasti happy.. Adam.. adam..

kakak pula dengan kehidupan nyer yang tak berubah.. pergi sekolah pagi, balik sekolah pagi pergi pula sekolah petang.. (tuisen depan rumah jer) memandangkan tiada skolah agama di sini, aku hantar jer dia kat sekolah tuisen.. tak bagi dia boring di rumah. Balik jer dari sekolah, pasti ada jer cerita pasal kawan-kawan dia.. berkawan, pastu tak nak kawan.. pening Daddy dia dengar cerita kakak (hari-hari Daddy lah yang hantar dan ambil anak-anak ke sekolah).. yang hari-hari cerita nyer yang hampir sama.. kakak.. kakak..

Thursday, July 21, 2011

D&C

Ya allah.. satu persatu dugaan yang aku terima.. selepas sebulan aku keguguran kandungan yang ketiga.. D&C done at 16/jun/2011.. aku still bleeding.. macam ada yang tak normal plak.. aku bagi tahu hubby aku.. 18hb kebetulan kami sekeluarga keluar makan bersama rakan2 sekerja my hubby (perempuan). Kadang2 lelaki tak ambil kisah sangat pun pasal ni, walaupun suami aku seorang pakar perubatan. Dia bagi tahu yang aku still bleeding setelah sebulan buat D&C, kawan nya cakap baik buat scan.
(19/Julai/2011) Keesoknya suami ku aturkan appointment dengan pakar O&G untuk aku buat pemeriksaan. setelah buat scan, di dapati ada something yang tak kene kat dalam rahim aku. Dr suspect samaada kandungan aku Molar pregnancy atau infected. terus aku di masukkan ke ward, dan plan untuk operation under emergency keesokkan nyer.. "2nd time D&C"
aku terfikirlah, samaada D&C yang lepas tak dilakukan dengan betul atau .... "malas nak fikir dan malas juga nak menyalahkan pihak tertentu" aku hanya mampu berdoa agar aku selamat dan sihat.. di saat begini hanya aku dapat terbayangkan anak2 di depan mata. checked UPT -ve.. blood investigation and branulla untuk bersedian operation esok. Semuanya suami aku lakukan sendiri. malam ni sebelum aku dihantar ke ward, "saja je datang lambat ke ward, walaupun dan admitted siang hari lagi" hubby aku bawa aku dinner special kat Chinese restaurant, hanya kami berdua.. makan serve.. sepatuknya aku pergi dinner tempat macam ni pakai lah lawa2 sikit, ni tak. just pekene jer t-shirt dan seluar sukan jer.. mana lah aku tahu hubby aku nak bawa makan tempat macam tu.. TQ sayang..
(20/julai/2011) sekali lagi buat scan, aku pun dah pun puasa start 12 mlm. jam 11.30am aku dihantarkan ke dewan bedah. masa tu hanya tuhan saja yang tahu, macam mana berdebar2 nya aku. nasib baik, semasa kat dewan bedah pun Dr kat situ pun hubby aku punya kawan.. ok lah, diaorang banyak bagi support, sekurang2 nya.. tenang lah aku sikit. Dr bagi aku gas, dan tidurkan aku under GA. Hubby aku, tak nampak2 muka, aku pun rasa sedikit terkilan lah, sepatuknya di saat begini dia ada di sisi aku. masa tu yang aku tahu berselawat keatas nabi dan rasul.. itu jer yang terlintas difikiran.. takut juga lah, memandangkan ini kali pertama operation under GA. Satu jam kemudian aku di kejutkan, alhamdulillah.. buka jer mata, aku tengok hubby aku ada disisi. rupa2 nya.. masa D&C di jalan kan hubby aku ada skali di situ.. yaallah, malu nyer..itu ku tolak ketepi, aku bersyukur ke hadrat ilahi.. kerana aku masih bernafas dan masih boleh melihat anak2 membesar di depan mata. syukur alhumdulillah..

Thursday, July 14, 2011

Transfer from Putrajaya to Kuching..

Lama betul aku tak bercerita.. sebenarnyer.. banyak cerita.. sibut dengan perpindahan.. tak sempat nak bercerita.. hehehe"PINDAH, ABORTION, CONVOCATION, TRANSFER"......Ini 2nd times aku pindah.. dulu dari JB ke KL.. now, KL ke Kuching.. lg jauh ler.. dan lagi susah dan pening kepala... dari aku pergi last kelas LAN hari tu (17/6/2012) pastu aku abortion dan buat D&C, mc 0ne week. 24hb aku Convocation Degree at PICC putrajaya .. dah habis pun aku belajar..(bersama rakan sekelas..)
Dan aku pindah plak kat cni..(KUCHING SARAWAK) tetapi alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar. aku banyak kawan2 yang menolong... brg2 aku di pack pada 27/6 sekali dengan dua kereta aku di angkut.. kos penhantaran, pembukusan barang dan satu kereta (RM 13'000 - dibayar oleh kerajaan) satu kerta lagi terpaksa lah dibayar sendiri... huhuhu (RM 4'000.. mintak2 tawar.. dapat lah RM 3'500) wadus.. habis duit.. huhuhu... ;-(((
Dan kami sekeluarga tumpang lah umh dayah (kwn aku kat DCW) (Permandangan yang indah dari rumah Dayah)
Kami sangat2 lah bernasib baik.. nasib baik kak Maznah (Sister aku kat DCW)bagi pinjam kereta, kalau tak patah kaki lah kami sekeluarga.. nak uruskan pemulangan kuates lagi.. tersangat lah sibut. 29hb kami bertolak ke Kuching.. sampai sana kami menaiki 2 teksi (Rm 50) dari airport ke Hotel, memandangkan kami ramai dan brg pun banyak terpaksalah menempah dua teksi. Kami sekeluarga terus ke hotel yang ditempah Hotel.. secara online semasa di KL.. hotel 3star.. kingwood hotel 5 hari.. (Rm 1000) sampai jer kat sini.. kami sekeluarga pergi pula untuk melihat rumah yang akan di sewa..Rumah ni hubby aku sewa daripada uncle Chai.. (Rm 800/ mounth) di kira murah lah.. diposit 1 bulan (Rm 800, elektrik dan air 200, peguam 200 = kira2 masuk rumah tu kami habis dalam dua ribu jer..) rumah di tengah bandar, sangat lah berdekatan dengan hospital dan sekolah kakak dan adam. Mr Chai ni sangat lah baik.. selepas kami tgok rumah terus pergi ke rumah dia.. dia bagi kami pinjam kereta dia sementara kereta kami sampai dr semenanjung.. kira2 dua minggu juga lah.. kami pinjam kereta uncle Chai tampa bayaran.. ikutkan kos sewa kerta Viva kat sini dlm lingkungan (Rm 70-100/day).
1hb 7.. hubby aku pun dah register.. di tempat kerja baru.. alhumdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. semlam 13/7 barang2 ku dari semenanjung dah sampai.. kakak dan adik Adam dah pun ku hantar sekolah.. yg berdekatan dengan rumah. kakak sek Green road.. dan adik aku hantar kat sek Smart reader.. aku sendiri belum lagi dapat surat transfer.. sekarang jadi driver.. ambil dan hantar hubby dan ank2 pergi kerja dan sekolah.. sekarang aku cuti tanpa gaji sehingga dapat surat transfer.. mungkin 25 hb ni surat tu sampai.. baru aku start kerja di tempat baru.. hospital Umum Srawak.. takut..... huhuhu..

Saturday, June 18, 2011

one story in my live

Tak tahu aku nak mulakan macam mana. dan ini lah pertama kali terjadi, malu pun ada, takut pun ada, sedih pun ada. macam2 perasaan lah yang ada kat dalam kepala ni. susah nak di gambarkan. pada hari isnin (13/6/2011) selepas mkn malam, dengan tiada rasa sakit cuma rasa nak pi buang air besar jer.. satu bowl toilet keluar darah.. nasib baik hubby ada kat rumah. terus bawa aku kat LND (labor room) bukan nak bersalin, kandungan aku pun baru jer 3 bulan. just nak scan sama ada kandungan aku selamat atau tidak. tengok2.. memang tak de rezeki kami.. bby aku dah tak de.. miss carraige (betul x ejaan ni) pas tu Dr bagitau hari jumaat aku datang semula untuk scan balik.. sama ada masih tertinggal lagi atau dah keluar habis.. kalau masih ada hari sabtu nanti kene buat ERPOC under elective.
Khamis(16/6/2011)
Selepas kejadian malam tu.. ok lah.. aku pun tak rasa sakit dan tiada sebarang darah keluar. sedih tu tetap ada lah.. hari khamis (16/6/2011) cam biasa lah.. aku pi kelas kat Damansara untuk presentation group LAN. kami kump yang pertama. OK lah berjalan dengan baik. Masa diaorang sedang buat presentation tiba2 aku rasa semacam. (10am). tngok2 bleeding habis lah.. seluar dan kerusi habis di basahi darah aku.. terus aku pi ke toilet.. menitis2 darah aku kat koridor.. takut plak tgok darah sendiri. seluar habis kene.. darah keluar bagaikan air paip yang lupa nak tutup.. tak berhenti.. keluar sekali dengan ketulan2 darah beku. Nasib baik lah aku ada banyak kawan2 yang amat prihatin.. nasib baik kat bawah tu banyak org jual2 pakaian.. boleh lah tukar seluar.. member tolong belikan (Kak la & kak tie). kejadian ini memberi kekecohan satu kolej.. Malu plak rasa nya..
Subihi terus ambil kereta nak hantar aku kat Hosp.. baru jer keluar ke jln besar.. Fizi call suruh turun.. ambulan tunggu aku kat bawah.. nak hantar aku Kat HKL.. sori lah.. dah terlambat.. aku suruh jer Sub hantar aku kat Hop Putrajaya. memandangkan aku ada follow up kat sana. sampai kat sana register dulu kat kacemasan.. pastu dia suruh aku pegi sendiri kat LND.. jalan dengan tiada offer wheelchair pun.. tak pe lah.. sampai kat sana tunggu Dr untuk buat scan.. darah aku pun cam dah nak stop lah.. tak lah keluar lg. Dr checked buat VE and scan.. no active bleeding.. ok lah.. book under day care esok. ambil darah FBC and GXM untuk esok. sign consent dan aku pun nak balik lah.. sampai jer kat pintu kereta.. sekali lagi air paip terpasang.. darah kluar balik.. kali kedua seluar aku basah mandi kan darah. aku masuk semula tempat jumpa Dr tadi.. Dari tadi call hubby tak dapat. nak bagitau keadaan aku sekarang.. risau kan diri sendiri dan risau jugak gak hubby aku.. call no answer. Selepas buat pemeriksaan kali kedua.. Mo tu suruh observe aku kat LND dulu.. kalau tak bleeding lagi aku boleh balik. bleeding aku pun dah stop.. MO tuy macam nak suruh aku balik.. memandangkan kat HPJ ward O&G penuh. tapi suruh aku sign AOR discharge. nasib baik kak Che ada ngan aku skali.. Kak che bagitau aku.. bahaya.. tak payah balik. aku pun bagitau MO tu, aku nak bincang dulu ngan hubby aku. memandangkan hubby aku tak dapat dihubungi.
Rehat lah aku kat dalam LND tu.. masa specialist datang buat round dia nak buat scan skali lagi akt aku.. tiba2 buat kali ketiga pada hari ini.. aku bleeding lagi.. non stop.. pad pakai.. kain hospital bagaikan boleh di perah.. habis lantai menitik2 darah aku.. pakar buat scan pun still non stop.. terus book OT under emergency, ( 5pm) D&C under spinal. Hubby aku pun tak tahu. Nasib baik lah byk kawan2 yang menolong.. dan menunggu aku sampai ke petang..
7pm..
Hubby aku balik rumah.. bibik aku bagitau.. aku kat Hosp. terkejut lah dia.. terus pi jumpa aku kat 2B.. alhamdulillah.. aku pun dah selamat.. Hubby aku bagitau.. rupa2 nya.. hubby aku kene rompak kat parking HKL.. patuk lah call dia tak dapat. nasib baik dia pun selamat. Alhamdulillah.. semua nya selamat.. Baby tu.. dah tak ada rezeki.. aku pun dah boleh terima semua ini.. insyaallah mungkin rezeki kami lain kali..