About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Thursday, July 21, 2011

D&C

Ya allah.. satu persatu dugaan yang aku terima.. selepas sebulan aku keguguran kandungan yang ketiga.. D&C done at 16/jun/2011.. aku still bleeding.. macam ada yang tak normal plak.. aku bagi tahu hubby aku.. 18hb kebetulan kami sekeluarga keluar makan bersama rakan2 sekerja my hubby (perempuan). Kadang2 lelaki tak ambil kisah sangat pun pasal ni, walaupun suami aku seorang pakar perubatan. Dia bagi tahu yang aku still bleeding setelah sebulan buat D&C, kawan nya cakap baik buat scan.
(19/Julai/2011) Keesoknya suami ku aturkan appointment dengan pakar O&G untuk aku buat pemeriksaan. setelah buat scan, di dapati ada something yang tak kene kat dalam rahim aku. Dr suspect samaada kandungan aku Molar pregnancy atau infected. terus aku di masukkan ke ward, dan plan untuk operation under emergency keesokkan nyer.. "2nd time D&C"
aku terfikirlah, samaada D&C yang lepas tak dilakukan dengan betul atau .... "malas nak fikir dan malas juga nak menyalahkan pihak tertentu" aku hanya mampu berdoa agar aku selamat dan sihat.. di saat begini hanya aku dapat terbayangkan anak2 di depan mata. checked UPT -ve.. blood investigation and branulla untuk bersedian operation esok. Semuanya suami aku lakukan sendiri. malam ni sebelum aku dihantar ke ward, "saja je datang lambat ke ward, walaupun dan admitted siang hari lagi" hubby aku bawa aku dinner special kat Chinese restaurant, hanya kami berdua.. makan serve.. sepatuknya aku pergi dinner tempat macam ni pakai lah lawa2 sikit, ni tak. just pekene jer t-shirt dan seluar sukan jer.. mana lah aku tahu hubby aku nak bawa makan tempat macam tu.. TQ sayang..
(20/julai/2011) sekali lagi buat scan, aku pun dah pun puasa start 12 mlm. jam 11.30am aku dihantarkan ke dewan bedah. masa tu hanya tuhan saja yang tahu, macam mana berdebar2 nya aku. nasib baik, semasa kat dewan bedah pun Dr kat situ pun hubby aku punya kawan.. ok lah, diaorang banyak bagi support, sekurang2 nya.. tenang lah aku sikit. Dr bagi aku gas, dan tidurkan aku under GA. Hubby aku, tak nampak2 muka, aku pun rasa sedikit terkilan lah, sepatuknya di saat begini dia ada di sisi aku. masa tu yang aku tahu berselawat keatas nabi dan rasul.. itu jer yang terlintas difikiran.. takut juga lah, memandangkan ini kali pertama operation under GA. Satu jam kemudian aku di kejutkan, alhamdulillah.. buka jer mata, aku tengok hubby aku ada disisi. rupa2 nya.. masa D&C di jalan kan hubby aku ada skali di situ.. yaallah, malu nyer..itu ku tolak ketepi, aku bersyukur ke hadrat ilahi.. kerana aku masih bernafas dan masih boleh melihat anak2 membesar di depan mata. syukur alhumdulillah..

No comments:

Post a Comment