Kau begitu sempurna...di mataku ,kau terlalu indah...kau membuat diriku akan selalu memujamu...
Thursday, May 20, 2010
selamat hari jururawat
12/5/2010..walaupun kelewatan, nak menceritakan.. tetapi tetap gembira.. walaupun sambutan tak ler sehebat hari guru, sebagai seorang nurse.. aku tetap berbangga dan gembira menyambut hari jururawat. cam biasa lah, kat day care sentiasa meriah.. kami. macam2 aktiviti.. dan idial kami buat untuk menyambut diri sendiri lah.. tapi.. ade juga lah patients yang wish selamat hari jururawat. itu pun dah cukup gembira kan kami, kerana ade org yang menghargai. 'HAPPY NURSES DAY' kepada semua jururawat seluruh dunia.
Wednesday, May 19, 2010
balik kampung
balik kampung, dan jumpa my habby. dah dua minggu tak jumpa my habby. so.. ini adalah perkara yang di tunggu. rindu lah.. anak2 lah yang paling gembira nak jumpa daddy dia.
balik hari khamis, naik flight kul 11 kat LCCT. penat nyer dalam perjalanan bawa anak yang buas/nakal. adik adam ler.. walaupun perjalanan hanya 50 minit, tapi.. rasa cam lama nyer.. dah ler tak boleh dok diam.
balik umah ma.. punyalah panas.. tengah hari rase cam nak terbakar jer.. so, kami ape lagi.. makn jer tengah hari.. pi mandi air sungai atau air laut. ini lah perkara yang menyeronokkan bila blk kampung.
dok jer kejap.. dah nak balik semula kat KL. mula2 bercadang nyer nak balik hari sabtu.. tapi ma cam sedih jer.. die cakap balik kejap sangat, tak puas nenek nak main2 ngan cucu. so aku n hubby bincang kami balik lah sehari lewat hari ahad. hari ahad tu.. punya lah awal bertolak balik.. sampai umah kat KL kul 2 pagi. mula mula dalam perjalanan kami singgah kat penarik, tepi pantai makan sotong besar celup tepung, ini perkara penting kalau dalam perjalanan. pah tu.. sampai kat KT (Kuala terengganu)pi jalan jln kat tamadun Islam, dan Msjid Kristal. post ler kat sane dua tiga gambo.
bung perjalanan lagi.. sampai rantau abang kami pi mandi laut ler.. seronok kan anak2.. kerana dah berjanji, ikut kan plan kami nak tidur kat cerating.. tapi pikir2 nak rehat kat umah sehari sebelum masuk kerja.. itu lah dadday nya memenuhi janji ngan anak2 nak mandi laut.
sampai magrib kami lepak kat rantau abang, sambung lagi perjalanan.. sampai kemaman singgah pi shoopping dan makan2 kat Mesra Mall. tengok jam dah pukul 10pm, teruslah balik KL. tu lah pasal sampai umah kul 2 pagi. Habby dah mula merungut penat.. kesian kat die.. ok lah sayang.. esok kita rehat sepuas2 nyer.. 16/5/2010
Wednesday, May 5, 2010
exam
mula-mula cite pasal assignment aku.. dah hantar ler... tapi masih takut lagi lah.. disebabkan aku hantar asgmnt tak sertai dengan ternitin(yang review berapa persent asgmnt kita meniru atau tidak).. lagi takut bila aku jumpa kawan2. mereka bagitau perlu hantar.. tak pe lah.. pasrah jelah..
cerita hari ini yang penting.. ialah, hari pertama my hubby final exam. aku pula dari semalam asyik dok berdebar-debar jer.. cam aku pulak yang nak exam. takut pulak rasa nyer.. sayang.. ayang doakan sayang dapat jawap exam dengan baik dan tenang, dah lulus dengan cemerlang nyer.. amin.
cerita hari ini yang penting.. ialah, hari pertama my hubby final exam. aku pula dari semalam asyik dok berdebar-debar jer.. cam aku pulak yang nak exam. takut pulak rasa nyer.. sayang.. ayang doakan sayang dapat jawap exam dengan baik dan tenang, dah lulus dengan cemerlang nyer.. amin.
bibik
masuk minggu ni, kira kira dah 2 minggu bibik baru aku mula bekerja umah aku. aku observe dalam 2 minggu ni... nampak nye ok. anak-anak aku sudah mula mesra dgn nyer.. Nama nyer MISNAH. asal dari Medan indonesia, umur 22tahun, belum berkahwin. mula mula die datang cam tak mesra sangat ler.. tapi ok lah aku rasa.. cakap bila perlu saja. aku pun cepat naik bosang kalau asyik bercakap, kerja kurang.. cam bibik-bibik aku yang sebelum ni.. Misnah ni bibik aku yang ke 6. aku amat berharap dan berdoa agar die boleh bekerja lama dan kerja dengan baik. aku sediakan jadual tugas harian dan minggguan.. just dia follow jer jadual yang aku sediakan. so.. aku pun tak payah nak cakap banyak. kalau aku rajin, aku pantau jer jadual sama ada dia ikut tak tak.. kalau tak aku ingatkan dia. aku dah malas dah nak terlalu cerewet sangat.. memandangkan dah banyak dah.. aku bertukar bibik.. yang paling kesian anak2 aku lah.. terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai kerenah bibik yang asyik bertukar gangti. ikutkan aku.. tak perlu ade pembantu rumah pun tak pe.. aku masih mampu lakukan kerja rumah sendiri.. aku mengambil pembantu rumah pun kerana memenuhi kehendak hubby aku.. ok lah.. kiranye bibik aku ni masih dalam pemantauan..
Subscribe to:
Posts (Atom)