Kau begitu sempurna...di mataku ,kau terlalu indah...kau membuat diriku akan selalu memujamu...
Wednesday, May 5, 2010
bibik
masuk minggu ni, kira kira dah 2 minggu bibik baru aku mula bekerja umah aku. aku observe dalam 2 minggu ni... nampak nye ok. anak-anak aku sudah mula mesra dgn nyer.. Nama nyer MISNAH. asal dari Medan indonesia, umur 22tahun, belum berkahwin. mula mula die datang cam tak mesra sangat ler.. tapi ok lah aku rasa.. cakap bila perlu saja. aku pun cepat naik bosang kalau asyik bercakap, kerja kurang.. cam bibik-bibik aku yang sebelum ni.. Misnah ni bibik aku yang ke 6. aku amat berharap dan berdoa agar die boleh bekerja lama dan kerja dengan baik. aku sediakan jadual tugas harian dan minggguan.. just dia follow jer jadual yang aku sediakan. so.. aku pun tak payah nak cakap banyak. kalau aku rajin, aku pantau jer jadual sama ada dia ikut tak tak.. kalau tak aku ingatkan dia. aku dah malas dah nak terlalu cerewet sangat.. memandangkan dah banyak dah.. aku bertukar bibik.. yang paling kesian anak2 aku lah.. terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai kerenah bibik yang asyik bertukar gangti. ikutkan aku.. tak perlu ade pembantu rumah pun tak pe.. aku masih mampu lakukan kerja rumah sendiri.. aku mengambil pembantu rumah pun kerana memenuhi kehendak hubby aku.. ok lah.. kiranye bibik aku ni masih dalam pemantauan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment