About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Tuesday, September 14, 2010

raya

buat pertama kali aku dan family raya kat terengganu bersama anak2. tahun ni kami sekeluarga berpakat, tema tahun ni hijau.. first raya semua pakai baju hijau, dari nenek dan aki hinggalah ker cucu. bibik aku pun pekene baju raya caler ijau. cantik dan meriah gitu.. tapi ade gak orang yang tak bernasib baik, sape lagi adik bujang aku lah, pak alang punya baju melayu tak sempat siap, tak pe lah dik, pakai lah baju lama. time bergambar, terpaksalah pakai baju, kemeja yang berkaler ijau, kerana nak samakan tema. cian adik aku.
malam raya aku dan kakak ipar dan adik ipar orang yang paling sibuk siapkan preparation tuk masak kan di hari raya.. cam biasalah, malam raya dah start lah masak rendang. dan siapkan bahan2 tuk masak seawal pagi esok.
menu di pagi raya: nasi beriani, ayam berempah, kari darca, ketupat nasi, ketupat pulut, rendang, lontong,sambal tumis, kuah kacang, satay dan lain2 jenis kek dan biskut raya.
cita pasal ketupat nasi, my hubby lah yang buat. dia lah yang menganyam pucuk daun kelapa buat ketupat.. berjaya lah my hubby buat 85 biji. satay tempah 400 cucuk, lauk pauk kami lah yang masak beramai2. ade lah juga yang tak join memasak. cam biasalah. ade yang rajin, ade yang terpaksa rajin, ade yang buat rajin, macam2 lah kerenah bila dah ramai.
first raya: pagi yang indah, beramai2 lah pi sembahyang raya.
dah penat sehari orang tak putus putus bertandang ke rumah, patang tu kami sekeluarga bersiap2 lah nak pi beraya kat umah mak (nenek aku) kat alor keladi, kerana mak tak sihat.
tengah bersiap2 nak pergi, kak long plak bleeding, banyak lah jugak, mama aku cam biasalah penik lah, menangis. aku dan abang long terus hantar along ker hospital jerteh, dari hospital jerteh terus along di hantar ke hospital kuala terengganu, orang lain terus pi umah nenek aku. dari petang dalam pukul 3 sampai lah pukul 3 pagi beraya kat hospital lah kiranya. nasib paik along punya bleeding pun dah stop. memandangkan kandungan baru mencecah 30 minggu. alhamdurillah, along dan baby selamat. kami doakan along dan baby selamat dan lahir pada due yang betul. amin..

No comments:

Post a Comment