About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Thursday, July 21, 2011

D&C

Ya allah.. satu persatu dugaan yang aku terima.. selepas sebulan aku keguguran kandungan yang ketiga.. D&C done at 16/jun/2011.. aku still bleeding.. macam ada yang tak normal plak.. aku bagi tahu hubby aku.. 18hb kebetulan kami sekeluarga keluar makan bersama rakan2 sekerja my hubby (perempuan). Kadang2 lelaki tak ambil kisah sangat pun pasal ni, walaupun suami aku seorang pakar perubatan. Dia bagi tahu yang aku still bleeding setelah sebulan buat D&C, kawan nya cakap baik buat scan.
(19/Julai/2011) Keesoknya suami ku aturkan appointment dengan pakar O&G untuk aku buat pemeriksaan. setelah buat scan, di dapati ada something yang tak kene kat dalam rahim aku. Dr suspect samaada kandungan aku Molar pregnancy atau infected. terus aku di masukkan ke ward, dan plan untuk operation under emergency keesokkan nyer.. "2nd time D&C"
aku terfikirlah, samaada D&C yang lepas tak dilakukan dengan betul atau .... "malas nak fikir dan malas juga nak menyalahkan pihak tertentu" aku hanya mampu berdoa agar aku selamat dan sihat.. di saat begini hanya aku dapat terbayangkan anak2 di depan mata. checked UPT -ve.. blood investigation and branulla untuk bersedian operation esok. Semuanya suami aku lakukan sendiri. malam ni sebelum aku dihantar ke ward, "saja je datang lambat ke ward, walaupun dan admitted siang hari lagi" hubby aku bawa aku dinner special kat Chinese restaurant, hanya kami berdua.. makan serve.. sepatuknya aku pergi dinner tempat macam ni pakai lah lawa2 sikit, ni tak. just pekene jer t-shirt dan seluar sukan jer.. mana lah aku tahu hubby aku nak bawa makan tempat macam tu.. TQ sayang..
(20/julai/2011) sekali lagi buat scan, aku pun dah pun puasa start 12 mlm. jam 11.30am aku dihantarkan ke dewan bedah. masa tu hanya tuhan saja yang tahu, macam mana berdebar2 nya aku. nasib baik, semasa kat dewan bedah pun Dr kat situ pun hubby aku punya kawan.. ok lah, diaorang banyak bagi support, sekurang2 nya.. tenang lah aku sikit. Dr bagi aku gas, dan tidurkan aku under GA. Hubby aku, tak nampak2 muka, aku pun rasa sedikit terkilan lah, sepatuknya di saat begini dia ada di sisi aku. masa tu yang aku tahu berselawat keatas nabi dan rasul.. itu jer yang terlintas difikiran.. takut juga lah, memandangkan ini kali pertama operation under GA. Satu jam kemudian aku di kejutkan, alhamdulillah.. buka jer mata, aku tengok hubby aku ada disisi. rupa2 nya.. masa D&C di jalan kan hubby aku ada skali di situ.. yaallah, malu nyer..itu ku tolak ketepi, aku bersyukur ke hadrat ilahi.. kerana aku masih bernafas dan masih boleh melihat anak2 membesar di depan mata. syukur alhumdulillah..

Thursday, July 14, 2011

Transfer from Putrajaya to Kuching..

Lama betul aku tak bercerita.. sebenarnyer.. banyak cerita.. sibut dengan perpindahan.. tak sempat nak bercerita.. hehehe"PINDAH, ABORTION, CONVOCATION, TRANSFER"......Ini 2nd times aku pindah.. dulu dari JB ke KL.. now, KL ke Kuching.. lg jauh ler.. dan lagi susah dan pening kepala... dari aku pergi last kelas LAN hari tu (17/6/2012) pastu aku abortion dan buat D&C, mc 0ne week. 24hb aku Convocation Degree at PICC putrajaya .. dah habis pun aku belajar..(bersama rakan sekelas..)
Dan aku pindah plak kat cni..(KUCHING SARAWAK) tetapi alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar. aku banyak kawan2 yang menolong... brg2 aku di pack pada 27/6 sekali dengan dua kereta aku di angkut.. kos penhantaran, pembukusan barang dan satu kereta (RM 13'000 - dibayar oleh kerajaan) satu kerta lagi terpaksa lah dibayar sendiri... huhuhu (RM 4'000.. mintak2 tawar.. dapat lah RM 3'500) wadus.. habis duit.. huhuhu... ;-(((
Dan kami sekeluarga tumpang lah umh dayah (kwn aku kat DCW) (Permandangan yang indah dari rumah Dayah)
Kami sangat2 lah bernasib baik.. nasib baik kak Maznah (Sister aku kat DCW)bagi pinjam kereta, kalau tak patah kaki lah kami sekeluarga.. nak uruskan pemulangan kuates lagi.. tersangat lah sibut. 29hb kami bertolak ke Kuching.. sampai sana kami menaiki 2 teksi (Rm 50) dari airport ke Hotel, memandangkan kami ramai dan brg pun banyak terpaksalah menempah dua teksi. Kami sekeluarga terus ke hotel yang ditempah Hotel.. secara online semasa di KL.. hotel 3star.. kingwood hotel 5 hari.. (Rm 1000) sampai jer kat sini.. kami sekeluarga pergi pula untuk melihat rumah yang akan di sewa..Rumah ni hubby aku sewa daripada uncle Chai.. (Rm 800/ mounth) di kira murah lah.. diposit 1 bulan (Rm 800, elektrik dan air 200, peguam 200 = kira2 masuk rumah tu kami habis dalam dua ribu jer..) rumah di tengah bandar, sangat lah berdekatan dengan hospital dan sekolah kakak dan adam. Mr Chai ni sangat lah baik.. selepas kami tgok rumah terus pergi ke rumah dia.. dia bagi kami pinjam kereta dia sementara kereta kami sampai dr semenanjung.. kira2 dua minggu juga lah.. kami pinjam kereta uncle Chai tampa bayaran.. ikutkan kos sewa kerta Viva kat sini dlm lingkungan (Rm 70-100/day).
1hb 7.. hubby aku pun dah register.. di tempat kerja baru.. alhumdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. semlam 13/7 barang2 ku dari semenanjung dah sampai.. kakak dan adik Adam dah pun ku hantar sekolah.. yg berdekatan dengan rumah. kakak sek Green road.. dan adik aku hantar kat sek Smart reader.. aku sendiri belum lagi dapat surat transfer.. sekarang jadi driver.. ambil dan hantar hubby dan ank2 pergi kerja dan sekolah.. sekarang aku cuti tanpa gaji sehingga dapat surat transfer.. mungkin 25 hb ni surat tu sampai.. baru aku start kerja di tempat baru.. hospital Umum Srawak.. takut..... huhuhu..