About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Tuesday, September 14, 2010

raya

buat pertama kali aku dan family raya kat terengganu bersama anak2. tahun ni kami sekeluarga berpakat, tema tahun ni hijau.. first raya semua pakai baju hijau, dari nenek dan aki hinggalah ker cucu. bibik aku pun pekene baju raya caler ijau. cantik dan meriah gitu.. tapi ade gak orang yang tak bernasib baik, sape lagi adik bujang aku lah, pak alang punya baju melayu tak sempat siap, tak pe lah dik, pakai lah baju lama. time bergambar, terpaksalah pakai baju, kemeja yang berkaler ijau, kerana nak samakan tema. cian adik aku.
malam raya aku dan kakak ipar dan adik ipar orang yang paling sibuk siapkan preparation tuk masak kan di hari raya.. cam biasalah, malam raya dah start lah masak rendang. dan siapkan bahan2 tuk masak seawal pagi esok.
menu di pagi raya: nasi beriani, ayam berempah, kari darca, ketupat nasi, ketupat pulut, rendang, lontong,sambal tumis, kuah kacang, satay dan lain2 jenis kek dan biskut raya.
cita pasal ketupat nasi, my hubby lah yang buat. dia lah yang menganyam pucuk daun kelapa buat ketupat.. berjaya lah my hubby buat 85 biji. satay tempah 400 cucuk, lauk pauk kami lah yang masak beramai2. ade lah juga yang tak join memasak. cam biasalah. ade yang rajin, ade yang terpaksa rajin, ade yang buat rajin, macam2 lah kerenah bila dah ramai.
first raya: pagi yang indah, beramai2 lah pi sembahyang raya.
dah penat sehari orang tak putus putus bertandang ke rumah, patang tu kami sekeluarga bersiap2 lah nak pi beraya kat umah mak (nenek aku) kat alor keladi, kerana mak tak sihat.
tengah bersiap2 nak pergi, kak long plak bleeding, banyak lah jugak, mama aku cam biasalah penik lah, menangis. aku dan abang long terus hantar along ker hospital jerteh, dari hospital jerteh terus along di hantar ke hospital kuala terengganu, orang lain terus pi umah nenek aku. dari petang dalam pukul 3 sampai lah pukul 3 pagi beraya kat hospital lah kiranya. nasib paik along punya bleeding pun dah stop. memandangkan kandungan baru mencecah 30 minggu. alhamdurillah, along dan baby selamat. kami doakan along dan baby selamat dan lahir pada due yang betul. amin..

Saturday, September 4, 2010

1/9/2010

our wedding anniversary to eight years.. nothing special. my husband out to eat with his friends.
no card, no wish, no one special from him. a sad day for me.



Monday, August 30, 2010

pencuri

bulan baik, hari baik. ade jugak lah insan yang tak baik. bula ramadhan pun boleh jadi lagi. hari cuti cam biasa lah, lepas sahur tunggu subuh tidur lah balik. bagun pun agak lewat lah lah ckit. pagi tu nak pi pasar jari selipar aku, ingatkan si bibik rajin rajin nak basuh. kata nyer 'tak lah puan, saya tak basuh" sah lah selipar aku kene rembat. ingatkan selipar jer.. tengok2 kasut kerja aku pun kene rembat. hei.. geram pun ade. bila masa lah dia datang merembat. tak tahu lah budak cam ner.. bulan2 puasa pun buat hal. tahun lepas, bulan puasa jugak. kasut may habby hilang. tahun ni kasut aku pulak yang hilang. nasib baik lah dia tak buka almari kasut, kalau tak bayak lagi agak nyer dia rembat. tak faham lah budak2 sekarang ni.

Wednesday, June 16, 2010

FAREWELL MAHSA COHORT 9 2010


cite lah pasal party farewell.. sedih pun ade.. gembira pun ade.. macam2 perasaan yang ade.. bile plak rasenyer nak bersama begitu yer.. so happening.. cite pasal dinner, makanan yg paling utama. yang penting makanan nyer boleh dikatekan best ler.. terima kasih kepada kawan2 yang berjaya menjayakan. party ni buat kat hotel Armada PJ. program nyer pun bagus ler.. berkonsepkan 1 malaysia. kiranyer memenuhi lah.. ade majlis tari menari.. ini yang paliang best.. lame dah tak menari.. kadang2 teringin jugak.. terlepas ler giang ckit. pas tu ape lagi.. dah name nyer majlis perpisahan.. bergambar ler yang menjadi adengan utama.. macam2 posing ler.. Terima Kasih kawan2.

Sunday, June 13, 2010

full xtvt this week..


full xtvt di hujung minggu.. sungguh memenatkan. dari mula minggu lepas aku masuk kelas, memang bz lah, maklum lah dah semester akhir. hari minggu kiraan berjalan dan ronda2 KL. sambung minggu ni masuk kelas lagi.. hari sabtu, ikut kan plan nak keluar pi potong rambut jer.. call lah adik ipar aku buat teman, last 2 bayak tempat pulak kami meronda. yng best nyer, sejak adik ipar aku beli kereta, nak kuar senang lah ckit.. tak payah2 lah aku nak bawa kete.. dari putrajaya kami pi potong rambut kat cheras.. pas tu pi balakom, singgah pak kat the mains, pah tu pi makn2 plak kat almanda.. balik pegi plak kat tmn equins pi pasar selangor pi beli barang basah untuk masak malam nanti for my hubby. hari ahad plak, my hubby x kerja.. ape lagi ajak kuar pi jalan2 lah.. pi KLCC.. makan2 kat the chilis, sedap jugak mkanan die walau pun beratus.. kira ok lah.. konong nyer nak masuk kat petrosains.. punye lah ramai orng, maklum lah musim cuti sekolah.. hubby tukar plan.. kite tgok wayang lah.. cite nanny mc Phee. ok gak lah cite die.. tuk budak2. lepas tu pi lepak plak kat tasik titiwangsa.. dan pi makan kat kg baru.. alamak adam dah nangis ler.. sambung cite kemudian..

Tuesday, June 1, 2010

nurses night

malam cukup meriah, macam-macam ragam. tema caler ijau dan hitam, ade yg lari tema. tapi tetap cute ler.. terutama kawan2 aku lah. mat padhil dengan gaya nyer yang merapu2 hex3.. tapi boleh memeriahkan suasane.. org pakai baju ijau die pakai baju caler kuning.. dgn gaya rambut palsu dn cermin mata.. nampak cute lah.. asma plak paling comel lah.. berpakaian kimono.. nak jalan pun susah.. same lah ngan padhil, ala2 artis ler.. hex3.. aku cam biase jer.. ade gak gaya ustazah.. sape lagi kalau tak kak maznah kite.. mentain comel.. sorang lagi gaya anak dara kite sorang ni lah.. tetap ayu ngan baju kurung m'sia, sape lagi kalau tak Ain ler.. mek melaka. kak Zura, kak Siti and Nas plak dok jauh sangat ler.. tak sempat nak ber pos2 to gather2. cite plak pasal lucky draw, kak maznah, nas and ain dapat ler hamper.. sister kite dapat hadiah beso ler.. periuk nasi. aku.. dapat majalah masakan.. ok ler daripada tak dapat langsung.. bedak2 3C malam ni yang paling meraih.. dah bergaya. meriah gak ler..

Thursday, May 20, 2010

selamat hari jururawat


12/5/2010..walaupun kelewatan, nak menceritakan.. tetapi tetap gembira.. walaupun sambutan tak ler sehebat hari guru, sebagai seorang nurse.. aku tetap berbangga dan gembira menyambut hari jururawat. cam biasa lah, kat day care sentiasa meriah.. kami. macam2 aktiviti.. dan idial kami buat untuk menyambut diri sendiri lah.. tapi.. ade juga lah patients yang wish selamat hari jururawat. itu pun dah cukup gembira kan kami, kerana ade org yang menghargai. 'HAPPY NURSES DAY' kepada semua jururawat seluruh dunia.

Wednesday, May 19, 2010

balik kampung


balik kampung, dan jumpa my habby. dah dua minggu tak jumpa my habby. so.. ini adalah perkara yang di tunggu. rindu lah.. anak2 lah yang paling gembira nak jumpa daddy dia.
balik hari khamis, naik flight kul 11 kat LCCT. penat nyer dalam perjalanan bawa anak yang buas/nakal. adik adam ler.. walaupun perjalanan hanya 50 minit, tapi.. rasa cam lama nyer.. dah ler tak boleh dok diam.
balik umah ma.. punyalah panas.. tengah hari rase cam nak terbakar jer.. so, kami ape lagi.. makn jer tengah hari.. pi mandi air sungai atau air laut. ini lah perkara yang menyeronokkan bila blk kampung.


dok jer kejap.. dah nak balik semula kat KL. mula2 bercadang nyer nak balik hari sabtu.. tapi ma cam sedih jer.. die cakap balik kejap sangat, tak puas nenek nak main2 ngan cucu. so aku n hubby bincang kami balik lah sehari lewat hari ahad. hari ahad tu.. punya lah awal bertolak balik.. sampai umah kat KL kul 2 pagi. mula mula dalam perjalanan kami singgah kat penarik, tepi pantai makan sotong besar celup tepung, ini perkara penting kalau dalam perjalanan. pah tu.. sampai kat KT (Kuala terengganu)pi jalan jln kat tamadun Islam, dan Msjid Kristal. post ler kat sane dua tiga gambo.
bung perjalanan lagi.. sampai rantau abang kami pi mandi laut ler.. seronok kan anak2.. kerana dah berjanji, ikut kan plan kami nak tidur kat cerating.. tapi pikir2 nak rehat kat umah sehari sebelum masuk kerja.. itu lah dadday nya memenuhi janji ngan anak2 nak mandi laut.
sampai magrib kami lepak kat rantau abang, sambung lagi perjalanan.. sampai kemaman singgah pi shoopping dan makan2 kat Mesra Mall. tengok jam dah pukul 10pm, teruslah balik KL. tu lah pasal sampai umah kul 2 pagi. Habby dah mula merungut penat.. kesian kat die.. ok lah sayang.. esok kita rehat sepuas2 nyer.. 16/5/2010

Wednesday, May 5, 2010

exam

mula-mula cite pasal assignment aku.. dah hantar ler... tapi masih takut lagi lah.. disebabkan aku hantar asgmnt tak sertai dengan ternitin(yang review berapa persent asgmnt kita meniru atau tidak).. lagi takut bila aku jumpa kawan2. mereka bagitau perlu hantar.. tak pe lah.. pasrah jelah..

cerita hari ini yang penting.. ialah, hari pertama my hubby final exam. aku pula dari semalam asyik dok berdebar-debar jer.. cam aku pulak yang nak exam. takut pulak rasa nyer.. sayang.. ayang doakan sayang dapat jawap exam dengan baik dan tenang, dah lulus dengan cemerlang nyer.. amin.

bibik

masuk minggu ni, kira kira dah 2 minggu bibik baru aku mula bekerja umah aku. aku observe dalam 2 minggu ni... nampak nye ok. anak-anak aku sudah mula mesra dgn nyer.. Nama nyer MISNAH. asal dari Medan indonesia, umur 22tahun, belum berkahwin. mula mula die datang cam tak mesra sangat ler.. tapi ok lah aku rasa.. cakap bila perlu saja. aku pun cepat naik bosang kalau asyik bercakap, kerja kurang.. cam bibik-bibik aku yang sebelum ni.. Misnah ni bibik aku yang ke 6. aku amat berharap dan berdoa agar die boleh bekerja lama dan kerja dengan baik. aku sediakan jadual tugas harian dan minggguan.. just dia follow jer jadual yang aku sediakan. so.. aku pun tak payah nak cakap banyak. kalau aku rajin, aku pantau jer jadual sama ada dia ikut tak tak.. kalau tak aku ingatkan dia. aku dah malas dah nak terlalu cerewet sangat.. memandangkan dah banyak dah.. aku bertukar bibik.. yang paling kesian anak2 aku lah.. terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai kerenah bibik yang asyik bertukar gangti. ikutkan aku.. tak perlu ade pembantu rumah pun tak pe.. aku masih mampu lakukan kerja rumah sendiri.. aku mengambil pembantu rumah pun kerana memenuhi kehendak hubby aku.. ok lah.. kiranye bibik aku ni masih dalam pemantauan..

bibik

masuk minggu ni, kira kira dah 2 minggu bibik baru aku mula bekerja umah aku.

Wednesday, April 21, 2010

birthday kakak

hari ini adalah hari yang paling bermakna buat anak dara aku.. dari awal tahun lagi dok berkira kira bila nak sampai besday die. boleh dikatakan hari hari tanye besday.. aku pun asyik dok tunjuk kalender jer kat die.. bagi senang die kira. aku cam biase lah.. cam tahun tahun lepas, orang yang paling sibuk uruskan birthday party die.. celebrate kat sekolah ler.. itu kira ok lah, tak ler penat sangat nak uruskan. kalau cam dok JB dulu, memang penat giler.. every year mesti buat party kat umah. tapi seronok.. tak ape lah sayang, walau ape pun. mami sanggup lakukan ape saje utuk sayang. janji jadi budak baik. cerita pasal kek besday, aku cikit terkilang ler.. sebab tak dapat nak tempah kek princess untuk kakak.. tak macam tahun tahun lepas. kerana tempah lambat. tapi ok kut. sebab aku tempah kat secret resipi. tak cantik tapi sedap, ok lah tu.. cam biase jugak ler.. aku siap kan give untuk kawan kawan die.. semalam lambat sikit nak siapkan party bag tu tuk kawan kawan die, punyer lah resles.. sampai tak nak tidur.. katenyer.. "kakak nak buat sendiri party bag untuk friends kakak.." pagi ni punyer lah bangun awal.. dah siap mandi.. punyer lah lambat die bersiap, ingat dok bersiap.. tapi dok membelek belek party bag tu.. eeerr.. nail geram plak aku..aku cakap hari ni tak jadi nak celebrate birthday kakak kat sekolah. senyap jer die. anyway semuanyer berjalan lancar.. dalam pukul 10 pagi tadi aku pergi hantar kat sekolah die.. aku bagitahu teacher die suruh buat seprise kat die. mummy doakan moga hari ini menjadi hari yang paling indah untuk kakak. SELAMAT HARI LAHIR.. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR.. DIMURAHKAN RESEKI.. MENJADI BUDAK YANG BAIK DAN MENJADI ANAK YANG SOLEHAH. amin..

Monday, March 22, 2010

masa

lame sudah tak wak cita.. busy ckit sekarang. assignmet dok siap2 lagi. bila nak up date my blog ni. sebenarnya banyok cite nak diceritakan. masa tak mengizin kan.

Wednesday, February 24, 2010

Saturday, February 20, 2010

adam.. 19/2/10

cian kat adik.. satu malam tak tidur. batuk2 dan muntah2, terpahsa tidur kat dokong mami. mami kan buat ape saje sayang, coz mami sayang sangat anak mami. sori yer sayang.. ni salah mami kerana bagi minum ais. daddy cam biasa lah.. bile terjadi ape2 kat anak die salah kan mami. mami tau lah salah mami. tak sangka plak sampai anak jadi cam ni. pagi ni palk daddy dak bertolak pegi kursus. risau palk mami kalau ape2 perlaku kat anak mami ni. adik nampak dah tak sihat. jangan plak berjangkit kat kakak sudah lah. pening lah mami sorang nanti. dagdy pegi 1 minggu ni. yallah, sihatkan lah anak aku. amin.

Wednesday, January 27, 2010

blog

Petang ni keadaan agak tenang, walaupun sesetengah teman agak sibuk di bilik skop. aku di luar sibuk di depan pc. kak maz kembali dari berehat, bercerita tentang 'create blog'. kak maz pun agak baru lah dlm bidang ni, kak maz mengajar aku cara first nak buka blogger sendiri. ini lah hasil nyer.. walaupun kurang/belum 'up date' kira ok lah. buat aku mencoret kan cikit2 cerita. Tq kak maz. kawan2 yang lain sibuk menyindir aku, ok lah tu..