About Me

My photo
bahagia nyer mummy bila ade kamu.

Wednesday, April 27, 2011

Kehamilan..

Hari ni saja je aku nak becerita pasal peringkat-peringkat kehamilan.. buat masa sekarang ini lah mungkin perkara yang digemari untuk membaca atau mencari sedikit fakta tentang kehamilan bagi ibu-ibu yang mungkin sedang merancang untuk hamil, atau yang baru saja mendapat berita tentang kehamilan atau sesetengah ibu yang baru sahaja merasakan sesuatu berubahan ke atas diri nya yang mungkin akan menerima orang baru.

Proses kehamilan mengambil masa selama 9 bulan atau 40 minggu dari tarikh hari pertama last kedatangan haid. Kehamilan terbahagi kepada tiga peringkat atau tiga trimester yang setiap satu mengambil masa selama tiga bulan.

Peringkat pertama atau Trimester pertama (minggu 1 ke 12) -Tiga bulan pertama pembangunan janin merupakan tempoh yang paling penting. Sepanjang 60 hari yang pertama, kebanyakan organ bayi terbentuk. Pada trimester ini bayi yang belum lahir amat sensitif pada persekitaran kimia, ubat dan virus yang boleh menyebabkan kecacatan. Di peringkat ini lah ibu akan merasakan sesuatu berubahan terhadap diri nya.. seperti bengkak payu dara, loya dan muntah, keletihan dan bayak lagi kasan-kesan di peringkat awal.

Peringkat kedua atau Trimester kedua (minggu 13 ke 28) Dalam tempoh ini, janin mula membesar dan organ-organnya bertambah matang. Pembesaran saiz uterus lebih ketara dalam trimester kedua kehamilan, apabila perut wanita mengandung semakin membesar. Pada masa ini, kebanyakan wanita perlu memakai pakaian longgar atau pakaian mengandung. Pada peringkat ini juga mungkin perasaan loya akan bertukar menjadi meningkatnya selera makan.

Peringkat ke tiga atau Trimester ketiga (minggu 29 ke 40) Trimester ketiga bermula pada minggu ke-29 kehamilan dan berakhir sehingga kelahiran. Bayi terus membesar dan beratnya terus bertambah dalam tempoh ini. Pada bulan terakhir kehamilan, janin membesar setengah paun seminggu. Ibu akan mengalami sakit belakang atau sakit pinggang.

Terdapat banyak lagi kesan atau berubahan yang mungkin dilalui oleh kaum ibu ketika kehamilan.. ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. kepada kaum bapa perlulah mengambil berat terhadap pasangan mereka yang sedang hamil.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. ;-)

Tuesday, April 26, 2011

birthday party kakak..n adam



(Besday girl)
Alhamdulilah.. akhir nyer berjalan lancar. celebrate besday kakak 24hb april kat Mc Donald bandar baru bangi. semua datang.. dan yang penting kakak hepi sangat. dalam banyak-banyak aku buat perancangan akhir nyer aku booking jer kat McD lagi senang dan tak peningkan kepala. ni ideal adik ipar aku lah. tq kerana bagi cadanagn uchu.. yang penting kakak hepi.
majlis started at 2pm till 3.30pm.
(ready.. fuh..)

( 2nd game balon beracun..)

akhir nyer adik adam dapat 2nd winner..
3rd game music chair.. kakak pun dapat 2nd winner..
hepi birthday kakak and adam.. mummy doakan anak2 mummy membesar dengan sihat, berjaya dalam hidup dan menjadi anak yang soleh dan solehah.. amin..

Thursday, April 21, 2011

ice-cream -The cream & fudge factory.



Hari ni cuti, saja bawa adam jalan-jalan kat Alamanda. dah lama tak pergi, walaupun dekat jer ngan rumah. biasa lah.. pergi tempat jauh lagi best kot.. hehehe.. bawa adik Adam pi makan ice cream. tengok plak ada kedai baru bukak kot.. biasa nyer bawa adik adam pi makan ice cream baskin robin atau ice cream McD. hari ni nampak plak kedai baru (The cream & fudge factory), macam best jer, macam-macam menu dan topping, boleh pilih dan dia making kat situ. jom dik kita cuba.. adam apa lagi.. tgok jer ice cream seronok lah.. cian kakak tak dapat join, kakak kan pi sekolah.
kami pilih 2 perisa.. chocolate lovers & Mocha fudge temp.
Satu scope harga nyer.. Rm:12.90.. lagi mahal daripada B&R. rasa nyer.. lebih kurang kot.. mmm....yammy..
Adam lah orang yang paling seronok dapat makan ice cream. kesian kat kakak tak dapat join. ni lah edisi jalan-jalan cari makan.. hehehehe.. nanti kalau ada cuba benda yang baru aku akan konsi lagi kat dalam blog ni.

Friday, April 15, 2011

1st result, 1st exam & primary one..

Cerita pasal anak-anak lah.. ini lah yang paling di gemari dan di minati oleh kaum ibu.. apa lagi.. cerita pasal anak masaing-masing lah.. kalau yang belum kahwin atau yang belum dapat anak.. agak nyer bosang kot.. bila lepak dengan kaum ibu.. asyik-asyik cerita pasal anak.. hehehe..
Panjang pulak aku buat introduction.. hehehe.. maklum lah.. asigmnt dah siap.. rasa cam bnyak plak cerita yang aku nak cerita dan berkongsi cerita..

Cerita kali pertama dapat result.. untuk tahun satu.. siapa lagi.. kakak lah. selalu kawan kakak (anak jiran sebelah rumah) dok bercerita.. setiap kali exam.. dia selalu dapat no satu. kakak apa lagi, nak lah. cam biasa lah.. mummy akan cakap.. kalau kakak dapat no satu nanti mummy bagikan kakak hadiah.. kakak cakap dia nak basikal baru.. basikal yang ada tu...hadiah besday masa dia umur 4 tahun. sekarang dah 7. masih guna basikal lama tu lagi.. cam tak sesuai lah dengan umur nyer.. daddy janji, kalau kakak dapat no satu macam Shakira (anak jiran) baru daddy beli.. kesian kakak.

exam yang bulan 3 baru dapat result.. mummy tanyer.. kakak dapat no berapa kat dalam kelas.. kakak bagitahu dapat no 5. aku tngok lah dia punya result.. kedudukan dalam kelas dapat no 8.. macam mana ni kakak.. kakak cakap.. "tak apa mami, kakak cuba lagi next time.. tapi kawan kakak lagi lah.. ok jer dapat no 20" haaaa... jgn lah kakak ikut kawan kakak yang dapat no 20 tu.. macam-macam anak-anak ni.. pandai cakap.

Ni result exam kakak bulan mac lepas.. tak apa lah kakak.. next time cuba lagi..

gambar ni saja jer.. aku letakkan scaf rambut kakak.. bagi dia nampak menarik.. hehehehe.. tapi tulisan.. tak lah berapa jelas sangat.. ok lah tu.
cian kakak.. tak dapat lah nak basikal baru..

Tuesday, April 12, 2011

Trip to Langkawi 17-19/3/2011


Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. suatu permulaan yang menyedihkan.. tapi akhirnyer.. suatu percutian yang menyeronokkan, hehehe.. pandai plak aku bermadah.
ye lah.. nape tak sedih nyer.. perkara yang penting dalam hidup aku.. dan kesilapan ini aku yang buat sendiri.. tapi akhirnyer.. dapat aku setle kat langkawi..
16/3/2011..
cite ni pasal tesis aku yang last.. tarikh tutup sepatuknyer adalah 18 hb, kat Damansara KL. aku dah tempah untuk bercuti ni pada 17hb. apa lagi.. aku kirim lah pada Subihi Dan Fizi (geng sekelas aku lah ni) untuk hantar aku punyer tesis.. hubby aku dah banyak kali pesan, 'jangan kirim kat orang.. hantar sendiri.. takut terjadi apa2 nanti' cam biasa lah.. aku kan degil ckit. aku kirim jer kat dia orang.
17/3/2011..
seperti yang telah dirancangkan.. berjalan lancarlah.. kami bertolak dari KL jam 4 pagi.. naik kereta. banyak singgah lah.. sembahyang subuh, mandi dan makan.. maklum lah.. bawak anak kecil. sampai di Jeti perlis dalam jam 11pagi..
kami naik feri pukul 11.45pagi.. (harga tikit dewasa: rm15, kanak2: 13) parjalanan ke langkawi dr jeti Kuala Perlis lebih kurang 1 jam.

masa kat dalam feri, dalam jam 12.20pm aku dapat pangilan dari Fizi, 'kak da, assignment kak da tak boleh submit'. ya allah.. aku tak tahu lah apa perasaan aku masa tu.. hubby aku cam biasa lah.. membebel lah.. 'kan abg dah ckp.. satle semua dulu sebelum bercuti.. tengok, apa dah jadi..' dalam kepala aku satu jer.. sampai jer kat langkawi.. terus aku nak beli tiket flight balik kat Kl. Logik tak, tak boleh hantar tesis yang last kalau tak sertakan resit @ bukti semua pembayaran yuran belajar.. hey.. dunia duit sungguh.. macam tak lojik plak.. aku call Md Ros (incharge group kami) aku mintak.. boleh tak saya hantar lambat ckit.. hari isnin 21hb. 'dia cakap tak boleh.. kalau u submit lambat dari tarikh tu.. u kene join u punyer junior.. repit sem lah makna nyer..
haaa.. cam nak menangis.. aku call Kak D.. friend aku dr arab lah.. dia cakp boleh hantar.. sebab aku bayar melalui PTPTN, pergi ambil jer penyata kat CIMB dan fax kan kat incharge aku kat kolej. huh.. lega sikit.. macam baru dapat adial baru..

sampai jer kat Jeti langkawi.. aku call agency perlancongan mintak hantar kereta sewa, kami sewa kerata wira kat sana (rm 90 sehari) terus pi cari bank lah.. pegi kat bank plak.. ramai org.. cam biasa lah.. kene ikut nombor.. aku nak cepat.. kesian kat Fizi dan Sub.. aku suruh dia tunggu ngan aku punyer tesis kat kolej damansara KL. 'tolong akak, selagi tak setle hari ni... masa kat Bank plak.. nasib baik lah ada insan yang baik.. En Yamin (pekerja bank) aku mintak tolong dia.. dan bagitahu dia aku nak urgen.. perting sangat.. inchrge kauter plak.. org Gannu.. akhirnyer.. dapat lah aku setle cepat kat bank tu..
satu lagi.. nak cari fax plak.. kat bank tadi.. tak boleh.. aku patah balk kat agency perlancongan,.. mintak nak tumpang fax. akhirnyer berjaya lah.. aku pun tak sangka.. aku boleh setle perkara ni kat tempat org.. muka dah boleh senyum semula.. 'alhamdulillah..'

pastu.. baru rasa perut lapar.. hari dah petang.. cian kat semua.. kerana mami.. semua berlapar.. pas ni makan apa saja.. mami belanja.. hehehe.. pastu daddy bayar.. hehehe..
lepas makan kami terus pergi ke chalet 'CD motel' ini jer yang ada.. maklum lah time cuti sekolah (family room rm 14o/day.) ok lah.. murah, bersih dan dekat snagt kat tepi pantai chenang.. dua hari kat langkawi.. akhirnyer.. kami bercuti mengikut perancangan,.. dan menyeronokkan...

Naik cable car.. ke gunung mat cincang.. dapat tengok dengan jelas telaga tujuk dari atas..
harga cable car (rm 18 with ic, child rm 13. warga asing rm 30)... bibik aku lah, terpaksa lah bayar lebih..
Anak-anak mummy lah yang paling gembira.. terutamanyer.. si kecik tu.. maklum lah.. asyik kene tinggak ngan bibik jer kat rumah..
Ini lah tujuan utama aku datang kat langkawi.. apa lagi.. rugi kalau tak shopping pinggan mangkuk.. dan coklat.. (Haji Ismail Group@Idaman Suri)

Saturday, April 9, 2011

persediaan besday party



Kakak.. kakak.. buat mami pening lagi.. dua minggu lagi umur kakak genap 7 tahun. (21/4/2011). mula-mula plan ngan daddy nak tempah jer kek dan party packs hantar jer kat sekolah..mummy dan daddy pun dah request cuti hari besday kakak.. habis cerita.. tak payah lah nak susah-susah buat party.. malam tadi, kakak datang kat mummy, bagitahu.."mummy, kakak nak celebrate my birthday party ngan kawan-kawan kakak, kat rumah dan kat sekolah, please mummy.." haaa... terkejut lah mummy.. sempat tak kakak, mami nak buat persediaan 2 minggu lagi..

apa lagi.. sibut lah mummy.. wak plan.. menu apa? tema apa? brape orang kawan kakak nak datang? brapa orang nak jemput? haaaaaa.. pening nyer mummy.. bagitau daddy.. cam biasa lah jawapan dia.." ikut mummy la...".

telefon catering.. tanyer menu untuk makan petang.. menu apa yang sesuai.. kalau makan soto 3.50 seorg, roti jala 1 seorg. ni baru makanan.. lain2.. belum lagi.. party pack, makanan ringan, disposible pinggan mangkuk, cupcake, ballon, topi besday, game dan lain2 lagi lah.. jawap nyer.. pening lagi.. mummy bukan apa, takut tak sempat nak buat persediaan jer..

Apa kata kakak,.. kalau mummy buat tempahan untuk celebrate besday kakak kat restoran ke, mc D ke, atau KFC.. tak penat.. dan mungkin cepat.. kene tanya kakak dulu.. dia setuju tak.. empunya badan lah.. untuk mu princess mummy.. apa saja mummy sanggup lakukan..