Hari ni saja je aku nak becerita pasal peringkat-peringkat kehamilan.. buat masa sekarang ini lah mungkin perkara yang digemari untuk membaca atau mencari sedikit fakta tentang kehamilan bagi ibu-ibu yang mungkin sedang merancang untuk hamil, atau yang baru saja mendapat berita tentang kehamilan atau sesetengah ibu yang baru sahaja merasakan sesuatu berubahan ke atas diri nya yang mungkin akan menerima orang baru.
Proses kehamilan mengambil masa selama 9 bulan atau 40 minggu dari tarikh hari pertama last kedatangan haid. Kehamilan terbahagi kepada tiga peringkat atau tiga trimester yang setiap satu mengambil masa selama tiga bulan.
Peringkat pertama atau Trimester pertama (minggu 1 ke 12) -Tiga bulan pertama pembangunan janin merupakan tempoh yang paling penting. Sepanjang 60 hari yang pertama, kebanyakan organ bayi terbentuk. Pada trimester ini bayi yang belum lahir amat sensitif pada persekitaran kimia, ubat dan virus yang boleh menyebabkan kecacatan. Di peringkat ini lah ibu akan merasakan sesuatu berubahan terhadap diri nya.. seperti bengkak payu dara, loya dan muntah, keletihan dan bayak lagi kasan-kesan di peringkat awal.Peringkat kedua atau Trimester kedua (minggu 13 ke 28) Dalam tempoh ini, janin mula membesar dan organ-organnya bertambah matang. Pembesaran saiz uterus lebih ketara dalam trimester kedua kehamilan, apabila perut wanita mengandung semakin membesar. Pada masa ini, kebanyakan wanita perlu memakai pakaian longgar atau pakaian mengandung. Pada peringkat ini juga mungkin perasaan loya akan bertukar menjadi meningkatnya selera makan.
Terdapat banyak lagi kesan atau berubahan yang mungkin dilalui oleh kaum ibu ketika kehamilan.. ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. kepada kaum bapa perlulah mengambil berat terhadap pasangan mereka yang sedang hamil.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. ;-)
No comments:
Post a Comment