Kau begitu sempurna...di mataku ,kau terlalu indah...kau membuat diriku akan selalu memujamu...
Tuesday, April 12, 2011
Trip to Langkawi 17-19/3/2011
Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. suatu permulaan yang menyedihkan.. tapi akhirnyer.. suatu percutian yang menyeronokkan, hehehe.. pandai plak aku bermadah.
ye lah.. nape tak sedih nyer.. perkara yang penting dalam hidup aku.. dan kesilapan ini aku yang buat sendiri.. tapi akhirnyer.. dapat aku setle kat langkawi..
16/3/2011..
cite ni pasal tesis aku yang last.. tarikh tutup sepatuknyer adalah 18 hb, kat Damansara KL. aku dah tempah untuk bercuti ni pada 17hb. apa lagi.. aku kirim lah pada Subihi Dan Fizi (geng sekelas aku lah ni) untuk hantar aku punyer tesis.. hubby aku dah banyak kali pesan, 'jangan kirim kat orang.. hantar sendiri.. takut terjadi apa2 nanti' cam biasa lah.. aku kan degil ckit. aku kirim jer kat dia orang.
17/3/2011..
seperti yang telah dirancangkan.. berjalan lancarlah.. kami bertolak dari KL jam 4 pagi.. naik kereta. banyak singgah lah.. sembahyang subuh, mandi dan makan.. maklum lah.. bawak anak kecil. sampai di Jeti perlis dalam jam 11pagi..
kami naik feri pukul 11.45pagi.. (harga tikit dewasa: rm15, kanak2: 13) parjalanan ke langkawi dr jeti Kuala Perlis lebih kurang 1 jam.
masa kat dalam feri, dalam jam 12.20pm aku dapat pangilan dari Fizi, 'kak da, assignment kak da tak boleh submit'. ya allah.. aku tak tahu lah apa perasaan aku masa tu.. hubby aku cam biasa lah.. membebel lah.. 'kan abg dah ckp.. satle semua dulu sebelum bercuti.. tengok, apa dah jadi..' dalam kepala aku satu jer.. sampai jer kat langkawi.. terus aku nak beli tiket flight balik kat Kl. Logik tak, tak boleh hantar tesis yang last kalau tak sertakan resit @ bukti semua pembayaran yuran belajar.. hey.. dunia duit sungguh.. macam tak lojik plak.. aku call Md Ros (incharge group kami) aku mintak.. boleh tak saya hantar lambat ckit.. hari isnin 21hb. 'dia cakap tak boleh.. kalau u submit lambat dari tarikh tu.. u kene join u punyer junior.. repit sem lah makna nyer..
haaa.. cam nak menangis.. aku call Kak D.. friend aku dr arab lah.. dia cakp boleh hantar.. sebab aku bayar melalui PTPTN, pergi ambil jer penyata kat CIMB dan fax kan kat incharge aku kat kolej. huh.. lega sikit.. macam baru dapat adial baru..
sampai jer kat Jeti langkawi.. aku call agency perlancongan mintak hantar kereta sewa, kami sewa kerata wira kat sana (rm 90 sehari) terus pi cari bank lah.. pegi kat bank plak.. ramai org.. cam biasa lah.. kene ikut nombor.. aku nak cepat.. kesian kat Fizi dan Sub.. aku suruh dia tunggu ngan aku punyer tesis kat kolej damansara KL. 'tolong akak, selagi tak setle hari ni... masa kat Bank plak.. nasib baik lah ada insan yang baik.. En Yamin (pekerja bank) aku mintak tolong dia.. dan bagitahu dia aku nak urgen.. perting sangat.. inchrge kauter plak.. org Gannu.. akhirnyer.. dapat lah aku setle cepat kat bank tu..
satu lagi.. nak cari fax plak.. kat bank tadi.. tak boleh.. aku patah balk kat agency perlancongan,.. mintak nak tumpang fax. akhirnyer berjaya lah.. aku pun tak sangka.. aku boleh setle perkara ni kat tempat org.. muka dah boleh senyum semula.. 'alhamdulillah..'
pastu.. baru rasa perut lapar.. hari dah petang.. cian kat semua.. kerana mami.. semua berlapar.. pas ni makan apa saja.. mami belanja.. hehehe.. pastu daddy bayar.. hehehe..
lepas makan kami terus pergi ke chalet 'CD motel' ini jer yang ada.. maklum lah time cuti sekolah (family room rm 14o/day.) ok lah.. murah, bersih dan dekat snagt kat tepi pantai chenang.. dua hari kat langkawi.. akhirnyer.. kami bercuti mengikut perancangan,.. dan menyeronokkan...
Naik cable car.. ke gunung mat cincang.. dapat tengok dengan jelas telaga tujuk dari atas..
harga cable car (rm 18 with ic, child rm 13. warga asing rm 30)... bibik aku lah, terpaksa lah bayar lebih..
Anak-anak mummy lah yang paling gembira.. terutamanyer.. si kecik tu.. maklum lah.. asyik kene tinggak ngan bibik jer kat rumah..
Ini lah tujuan utama aku datang kat langkawi.. apa lagi.. rugi kalau tak shopping pinggan mangkuk.. dan coklat.. (Haji Ismail Group@Idaman Suri)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment